Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Kehadiran Kuliah Minggu 12 - 15/06/2022

 

Podcast

Pada minggu ini, kami diarahkan untuk menghasilkan satu pembentangan mengenai podcast yang telah dipilih. Tajuk podcast yang dipilih hendaklah berbeza dengan ahli kumpulan yang lain. Akan tetapi, tiada masalah untuk memilih genre podcast yang sama. Podcast yang dipilih hendaklah berdurasi 15 minit hingga 30 minit. Setelah mendengar dan memahami podcast yang dipilih, kami perlu menghuraikan isi kandungan podcast dengan jelas dalam pembentangan. Selauin itu, kami juga perlu menjelaskan serba sedikit mengenai latar belakang podcast yang dipilih seperti siapa pemilik podcast berkenaan, tempoh masa podcast tersebut berada di udara (on air) dan sebagainya. 

Tajuk podcast yang telah saya pilih ialah "Pelajar Digemparkan dengan Jelmaan Orang Berbadan Sebelah". Podcast ini merupakan podcast yang bergenrekan seram. Kisah ini berlaku di sebuat Institusi Pengajian Awam (IPTA), iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sekitar tahun 2000. Podcast ini sangat menarik kerana jalan ceritanya sangat menyeramkan dan membuatkan bulu roma saya menaik. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai podcast ini dengan lebih lanjut, sila klik pautan di bawah. Terima kasih!


Pembentangan Podcast (EDWIS ANAK FRANCIS)


Kehadiran Kuliah Minggu 12 - 15/06/2022


Asas Videografi: Video Setempat

Pada minggu ini, kami diarahkan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim untuk menghasilkan video setempat. Memandangkan di kawasan tempat tinggal saya tidak mempunyai fasiliti atau persekitaran yang menarik, jadi saya mengambil keputusan untuk merakam video di sebuah kedai makanan yang agak mewah. Walaupun kedai tersebut kelihatan mewah, namun harga makanan dan minuman dan minumannya masih terjangkau. Tambahan pula, "platting" makanan semuanya catik-catik belalaka dan rasanya juga sedap.

Seperti biasa, saya mengajak dua orang rakan saya kerana saya tidak mempunyai ramai kenalan. Kami membuat pesanan makanan yang digemari dan juga mencuba minuman yang baharu seperti "Blue Mint Soda". Rasa air tersebut seperti air soda pada umumnya, cuma ditambah dengan elemen yang lain seperti laici, lemon dan daun pudina.

Untuk menonton video tersebut, sila klik pautan di bawah. Terima kasih!


BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SETEMPAT [ KJK PRODUCTION]


Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 08/06/2022


Infografik Media Sosial

Pada minggu ini, kami diberikan tugasan, iaitu menghasilkan infografik mengenai media sosial yang telah digunakan sepanjang kuliah BBM3210 Multimedia dalam Bahasa.




Kehadiran Amali Minggu 11 - 10/06/2022



Asas Videografi: Video Lagu

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

Proses penghasilan video lagu ini berjalan dengan lancar. Meskipun pada mulanya semasa hendak melakukan rakaman kami menghadapi halangan iaitu cuaca yang tidak menentu, namun kami berjaya mengatasinya dengan menukar lokasi rakaman secara tiba-tiba ke kawasan yang lebih sesuai. Dalam masa yang singkat video ini siap dirakam dan akhirnya dihasilkan dengan jayanya dengan kerjasama semua ahli terlibat.


Untuk menonton video lagu kumpulan kami [KJK Production], sila klik pautan di bawah. Terima kasih!

BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO LAGU [KJK PRODUCTION]


Kehadiran Kuliah Minggu 9 - 26/05/2022


Asas Videografi: Video Fokus/Tanpa Wajah

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

Proses penghasilan video fokus ini berjalan dengan lancar. Hal ini disebabkan, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Semua ahli kumpulan memberikan idea yang bernas yang telah menjayakan rakaman video ini. Kami semua sangat gembira dan mempelajari banyak perkara baru sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan.


Untuk menonton hasil video kumpulan kami [KJK Production], sila klik pautan di bawah. Terima kasih!

BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO FOKUS/VIDEO TANPA WAJAH [KJK PRODUCTION]


Kehadiran Kuliah Minggu 9 - 26/05/2022


LinkedIn

Pada minggu ini, Prof Dr. Normaliza mengarahkan kami untuk membuka akaun LinkedIn. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya mencari kerja serta sentiasa "connect" dengan rakan-rakan yang lain mahupun pensyarah dan sebagainya.

Berikut merupakan pautan LinkedIn saya.


LinkedIn Edwis Francis




Saya juga telah mengikuti akaun LinkedIn Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. (Sila klik pautan tersebut)



Kehadiran Amali Minggu 10 - 03/06/2022


Asas Videografi: One Shot Three Layer

Pada minggu ini, kami ditugaskan oleh Prof Dr. Normaliza untuk menghasilkan video One Shot Three Layer. Pada mulanya, saya agak bingung kerana saya berada di kampung. Saya tidak mempunyai rakan-rakan yang banyak untuk merekod video tersebut. Saya bercadang untuk mengajak saudara-mara saya. Akan tetapi, mereka masih kecil. Saya khuatir mereka tidak memahami arahan yang saya berikan.

Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah saudara-mara yang lain untuk merakam video tersebut. Walaupun pelbagai halangan yang kami hadapi seperti gelak ketawa, salah masuk dan sebagainya, kami berjaya menghasilkan video tersebut. 

Untuk melihat hasilnya, sila klik pautan di bawah. Terima kasih!


BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT THREE LAYER [KJK PRODUCTION]


Kehadiran Kuliah Minggu 8 - 18/05/2022