Podcast

Pada minggu ini, kami diarahkan untuk menghasilkan satu pembentangan mengenai podcast yang telah dipilih. Tajuk podcast yang dipilih hendaklah berbeza dengan ahli kumpulan yang lain. Akan tetapi, tiada masalah untuk memilih genre podcast yang sama. Podcast yang dipilih hendaklah berdurasi 15 minit hingga 30 minit. Setelah mendengar dan memahami podcast yang dipilih, kami perlu menghuraikan isi kandungan podcast dengan jelas dalam pembentangan. Selauin itu, kami juga perlu menjelaskan serba sedikit mengenai latar belakang podcast yang dipilih seperti siapa pemilik podcast berkenaan, tempoh masa podcast tersebut berada di udara (on air) dan sebagainya. 

Tajuk podcast yang telah saya pilih ialah "Pelajar Digemparkan dengan Jelmaan Orang Berbadan Sebelah". Podcast ini merupakan podcast yang bergenrekan seram. Kisah ini berlaku di sebuat Institusi Pengajian Awam (IPTA), iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sekitar tahun 2000. Podcast ini sangat menarik kerana jalan ceritanya sangat menyeramkan dan membuatkan bulu roma saya menaik. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai podcast ini dengan lebih lanjut, sila klik pautan di bawah. Terima kasih!


Pembentangan Podcast (EDWIS ANAK FRANCIS)


Kehadiran Kuliah Minggu 12 - 15/06/2022


No comments:

Post a Comment