Asas Videografi: Video Setempat

Pada minggu ini, kami diarahkan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim untuk menghasilkan video setempat. Memandangkan di kawasan tempat tinggal saya tidak mempunyai fasiliti atau persekitaran yang menarik, jadi saya mengambil keputusan untuk merakam video di sebuah kedai makanan yang agak mewah. Walaupun kedai tersebut kelihatan mewah, namun harga makanan dan minuman dan minumannya masih terjangkau. Tambahan pula, "platting" makanan semuanya catik-catik belalaka dan rasanya juga sedap.

Seperti biasa, saya mengajak dua orang rakan saya kerana saya tidak mempunyai ramai kenalan. Kami membuat pesanan makanan yang digemari dan juga mencuba minuman yang baharu seperti "Blue Mint Soda". Rasa air tersebut seperti air soda pada umumnya, cuma ditambah dengan elemen yang lain seperti laici, lemon dan daun pudina.

Untuk menonton video tersebut, sila klik pautan di bawah. Terima kasih!


BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SETEMPAT [ KJK PRODUCTION]


Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 08/06/2022


No comments:

Post a Comment