Asas Fotografi: Siluet
Asas Fotografi: Pemandangan
31 Mac 2021 (18:46)
Waterfront, Sibu
21 May 2021 (18:32)
Taman Tasik Permai, Sibu
17 April 2022 (18:00)
Kehadiran Kuliah Minggu 3 - 06/04/2022
Asas Fotografi: Close-Up
Asas Fotografi: Medium Shot
Asas Fotografi: Long Shot
Elemen Asas Grafik

Elemen: Mudah
Tema: Rumah Atas Laut
Rujukan: Laman Sesawang
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik mudah. Apabila kita melihat gambar tersebut, kita dapat mengetahui bahawa ia merupakan gambar beberapa buah rumah atas laut yang dihubungkan oleh jambatan. Gambar tersebut juga tidak mempunyai apa-apa unsur yang mengelirukan orang yang melihatnya.
Elemen: Mudah
Tema: Langit dan Sungai
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik mudah. Kita dapat mengetahui bahawa gambar tersebut merupakan pemandangan langit dan sungai melalui sekali pandang sahaja. Gambar tersebut juga tidak mengandungi mana-mana unsur yang mengelirukan individu yang melihatnya walaupun terdapat dua jenis alam semula jadi, iaitu langit dan sungai. Tambahan pula, gambar tersebut menjadi lebih menarik dengan kehadiran matahari terbenam.
Elemen: Warna
Tema: Pantai
Rujukan: Laman Sesawang
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik warna. Gambar tersebut hanya mempunyai beberapa warna sahaja iaitu biru, hijau, coklat, coklat keemasan dan putih. Pemilihan warna yang tidak begitu dominan menyebab gambar tersebut memenuhi kriteria elemen asas grafik warna.
Elemen: Warna
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik warna. Syarat elemen asas grafik warna ialah sesebuah gambar hanya mempunyai tiga atau empat warna sahaja. Gambar daun yang ditunjukkan di atas hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu warna hijau. Dengan itu, gambar tersebut sangat menepati elemen asas grafik warna.
Elemen: Teks
Tema: Papan Tanda
Rujukan: Laman Sesawang
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik teks. Pemilihan jenis teks dan saiz fon pada papan tanda tersebut amat bersesuaian dan tidak berlebihan. Sekali banyak, kita dapat mengetahui bahawa nama tempat tersebut ialah 'Jojogan'.
Elemen: Teks
Tema: Menara Taming Sari
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mengadungi elemen asas grafik teks. Pemilihan warna, jenis teks dan saiz fon pada menara tersebut amat bersesuaian dan tidak berlebihan. Buktinya, sekali pandang kita dapat mengetahui bahawa menara tersebut merupakan Menara Taming Sari.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pemandangan
Rujukan: Laman Sesawang
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik kesesuaian. Pemandangan gunung-ganang yang diselaputi dengan bentuk muka bumi hijau menjadikan gambar tersebut kelihatan menarik. Selain itu, Kedudukan batu-batu di belakang gunung menambahkan lagi kesesuaian gambar tersebut di samping kedudukan beberapa buah rumah yang mempunyai jarak yang agak sama.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pemandangan di Genting Highland
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik kesesuaian. Kedudukan kabus yang tebal menutupi beberapa buah gunung amat sesuai dan tidak berlebihan kerana gunung-ganang yang lain masih kelihatan. Kedudukan pusat beli-belah di bahagian kiri gambar juga sesuai kerana tidak menghalang pemandangan yang lain.
Elemen: Ketenangan
Tema: Matahari Terbenam
Rujukan: Laman Sesawang
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen asas grafik ketenangan. Pemandangan matahari terbenam membuat individu yang melihat gambar tersebut menjadi lebih tenang dan melupakan segala masalah yang dialaminya. Kewujudan sebatang pokok di bahagian kiri memberi simbol supaya kita perlu meneruskan hidup walaupun terpaksa bersendirian dan berdikari.
Elemen: Ketenangan
Tema: Bukit Ekspo, UPM
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik ketenangan. Pemandangan tasik yang dikelilingi hutan yang berwarna hijau menjadikan kita lebih tenang apabila melihat gambar tersebut. Selain itu, warna langit yang berwarna biru membolehkan kita melupakan masalah yang dialami sekaligus menjadikan kita lebih tenang dalam menghadapi masalah yang dialami.
Kehadiran Kuliah Minggu 2 - 30/03/2022 |
TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA
MINGGU 2
- Asas Fotografi: Long Shot
- Asas Fotografi: Medium Shot
- Asas Fotografi: Close-Up
- Asas Fotografi: Potrait
- Asas Fotografi: Pemandangan
- Instagram: Ketenangan
- Instagram: Kesibukan
- Asas Fotografi: Mug Shot
- Asas Fotografi: Siluet
- Asas Fotografi: Kabur
- Asas Fotografi: Pendua
- Asas Fotografi: Over the Shoulder
- Asas Fotografi: Bird's Eye View
- Close-Up Emosi
- Asas Fotografi: Flatlay
- Peta Minda Flatlay
- Twitter (Nilai Estetika)
- Instagram (Keinsafan)
- Twitter (Nilai Estetika 2.0)
- Instagram (Keinsafan 2.0)
- Asas Videografi: Video Fokus/Tanpa Wajah
- Asas Videografi: Video Lagu
- Instagram (Teka-Teki)
- Twitter (Kata-Kata Hikmah)
- Facebook (Nasihat Ibu)
- TikTok (Tutorial Senaman Ringan)
Hai semua! 😄 Buat apa tu? Tengok apa tu? Hahahaha.. Ayok saya kenalkan diri. Saya Edwis anak Francis. Orang selalu panggil Ed, Wis, haaa ikut la mana-mana yang suka. Asalkan bukan hantu sudah HAHAHA. Sekarang ni saya tengah belajar kat UPM, ambik course Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu denggan Kepujian. Semester 4 dah you alls. Macam sekejap je belajar ni huhu. Umur? Takyah la nak tau. Tak penting pon. Adik-beradik tiga orang je. Anak kedua? Kita geng! 👊 Hobi? Entahla labu. Semua aku sapu HAHAHAHA gitchewww... Takde la, ikut la masa tu suka apa. Yang penting, makanan is my priority wkwkwkwk... 😜 Haa tu je la kut. Have a nice day eberibadehhh! 👋